
‘Blackout’ di Malim Jaya, Batu Berendam pulih sepenuhnya – TNB
AYER KEROH 27 Julai – Dua kawasan di Melaka antara yang terjejas dengan gangguan bekalan elektrik hari ini telah pulih sepenuhnya jam 3 petang tadi.
Pengurus Besar (Hal Ehwal Pemegang Taruh) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka/Negeri Sembilan Ahmad Fadhli Aziz berkata, dua kawasan yang terjejas itu adalah sekitar Malim Jaya dan Batu Berendam.
Katanya, gangguan itu mula berlaku kira-kira jam 12.39 tengah hari tadi dan kini kerja-kerja pemulihan bekalan telah dijalankan.
“Kerja pemulihan kini telah dijalankan dan diselesaikan dalam tempoh kira-kira dua jam.
“Kita juga sedang mengenal pasti kategori pengguna dan jumlah kediaman yang terjejas,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu TNB dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku tengah hari tadi melibatkan beberapa negeri.
Kata kenyataan itu, punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Sementara itu seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Noor berkata, gangguan bekalan itu mula berlaku kira-kira jam 1 tengah hari membabitkan syarikat tempatnya bekerja.
Susulan kejadian, semua pekerja di kilangnya bekerja diarahkan pulang disebabkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FOOD RESCUE ‘SELAMATKAN’ LEBIHAN MAKANAN BAZAR RAMADAN
AYER KEROH 25 Februari - Inisiatif Food Rescue yang dilaksanakan di bazar Ramadan Masjid Al-Alami MITC, di sini, berjaya menyelamatkan...
TIADA HAD RAKAAT, 869 MASJID DAN SURAU DIBENAR LAKSANA TARAWIH – EXCO
AYER KEROH 25 Februari - Sebanyak 869 masjid dan surau seluruh negeri ini dibenarkan mengadakan solat sunat Tarawih pada tahun...
KEHADIRAN TUN DR. MOHD ALI SERIKAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN JBPM MELAKA
PAYA RUMPUT 24 Februari - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Program Ihya’...
MELAKA NEGERI KEDUA TERBAIK INDEKS PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 24 Februari - Melaka berjaya melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai negeri kedua terbaik dalam Indeks...
TYT LANCAR TENAGA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 24 Februari - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam melancarkan Pertubuhan Tenaga...
MAIM, YB ALONG SANTUNI 100 PESAKIT DI HOSPITAL ALOR GAJAH
REMBIA 24 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan sebagai agensi agama yang menjaga kebajikan umat Islam...
