
Nur Azmi Presiden MUSA baharu
AYER KEROH 4 Ogos – Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang baharu.
Beliau menggantikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatan itu semalam.
Menurut kenyataan MUSA, Nur Azmi dilantik selepas mendapat mandat daripada Sulaiman sebagai calon paling sesuai menerajui legasi kepimpinan persatuan itu.
“Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting dalam beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Karate Malaysia dan Bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia.
“Pengalaman luas yang dimiliki turut melayakkan beliau untuk diberi kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia pada Temasya Sukan SEA XXI 2021 di Hanoi, Vietnam yang berlangsung Mei lalu,” kata kenyataan itu.
MUSA dalam kenyataannya turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.
“Semoga dengan pelantikan Dato’ Paduka Nur Azmi Ahmad selaku Presiden MUSA yang baharu bakal memacu sukan bola sepak negeri Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANGKAT MACHAP JAYA JADI KORIDOR PENDIDIKAN
MACHAP JAYA 19 Mei - Antara legasi yang mahu ditinggalkan figura bernama Datuk Ngwe Hee Sem ini adalah untuk menjadikan...
KPM SASAR 800 ‘AI POWERED CLASSROOM’ MENJELANG AKHIR 2027
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada...
PPKI MELAKA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN BAKERI BERNILAI RM40,000
DUYONG 19 Mei - Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) menyumbangkan peralatan bakeri dan pastri bernilai hampir RM40,000 bagi program lanjutan kemahiran...
TVET TAHFIZ: DUNIA DAPAT, AKHIRAT TAK RUGI
TABOH NANING 19 Mei - Gabungan ilmu al-Quran dan kemahiran menerusi Program TVET Tahfiz melahirkan individu Muslim yang memiliki pengetahuan...
ROCK MELON SATUKAN KOMUNITI MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 19 Mei – Bermula daripada tanah lapang yang sekian lama terbiar, sekumpulan penduduk di Kampung Tersusun Melaka Pindah...
MAIM SASAR 4,000 PEK PROJEK SUNDUK KORBAN TAHUN INI
AYER KEROH 19 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Projek Sunduk Korban yang digerakkan bersama Gabungan Dakwah Melaka...
