
MPAG bersihkan longkang atasi pembiakan nyamuk Aedes
ALOR GAJAH 5 Ogos – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil tindakan pantas membersihkan longkang di sekitar Jalan Seri Tanjung, Gadek selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai perkara itu.
MPAG menerusi laman Facebook rasminya berkata, tindakan membersihkan longkang tersebut bagi membasmi aktiviti pembiakan nyamuk Aedes sekaligus melancarkan aliran air di longkang tersebut sekiranya berlaku hujan lebat.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut memuat naik hantaran gambar-gambar keadaan longkang sebelum dan selepas tindakan pihaknya membersihkan longkang tersebut.
Tindakan membersihakan longkang tersebut bagi membasmi aktiviti pembiakan nyamuk Aedes sekaligus melancarkan aliran air di longkang tersebut sekiranya berlaku hujan lebat.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan sampah-sampah serta tanah mendap memenuhi longkang terbabit menjadikan longkang yang dalam tersebut tidak dapat mengalirkan air.
“Orang ramai turut diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata serta disarankan untuk membuang sampah di tong sampah berhampiran untuk menjaga kemaslahatan bersama dalam menuju ke arah bandar lestari dan berdaya huni menjelang 2035,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KELUARGA WANITA TINGGAL SETAHUN DI KLIA TERMINAL 1 MASIH GAGAL DIKESAN – POLIS
PUTRAJAYA 26 Disember - Ahli keluarga wanita tempatan yang didakwa tinggal selama setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...
LEBIH 5,000 DIJANGKA MEDIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
AYER KEROH 26 Disember - Lebih 5,000 umat Islam dijangka akan berhimpun bagi bersama-sama memeriahkan majlis ilmu Melaka Berselawat sempena...
WANITA WARGA EMAS, ANAK MAUT DALAM KEBAKARAN DI PPR DATO SENU
KUALA LUMPUR 26 Disember - Dua beranak maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul,...
POLIS RAMPAS DADAH RM1.04 BILION, LUMPUHKAN SINDIKET DADAH ANTARABANGSA
KAJANG 26 Disember - Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2...
WARGA UNIMEL JULANG WARISAN, SENI DAN BUDAYA MELAYU
KUALA LINGGI 26 Disember - Warisan budaya bukan sekadar pakaian, permainan atau persembahan kesenian semata-mata, sebaliknya ia merangkumi falsafah hidup,...
GURU WANITA RUGI LEBIH RM140,000 DITIPU LELAKI MENYAMAR PEGAWAI NSRC
KUALA BERANG 26 Disember - Polis mengesahkan seorang guru wanita kerugian RM144,152 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai...
