Gotong-royong bersih kawasan pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 5 Ogos – Seramai 200 peserta pelbagai agensi bergotong-royong membersihkan kawasan tumpuan pelancong di sini hari ini.

Antara agensi yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong sempena program Magic of The Night termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSM), SWCorp, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata dalam program gotong-royong yang diadakan sempena Magic of The Night itu dianjurkan MOTAC dengan kerjasama PDRM itu mampu memberikan impak positif yang besar kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Katanya, program itu adalah salah satu inisiatif kementerian untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Melaka selain menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke Melaka.

Razali (enam dari kiri) bersama peserta gotong-royong.

“Selain itu, program gotong-royong itu diadakan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memelihara dan memulihara sepanjang sungai.

“Ia juga memastikan kebersihan dikawasan tapak program yang merupakan kawasan tumpuan pelancong sekaligus meningkatkan imej kawasan pelancongan yang ceria dan selamat untuk dikunjungi, selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program berkenaan di sini, hari ini.

Antara lokasi gotong-royong itu termasuk Galeri Warisan; muara Sungai Melaka; Kampung Enam dan Jonker Street.

AKTIVITI gotong-royong di sekitar kawasan pelancongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2976
Kongsi :
Previous post MPAG bersihkan longkang atasi pembiakan nyamuk Aedes
Next post Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M’sia tidak layak dapat kerakyatan
Ubah saiz-+=