Sorting by

×

MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN TEKNIKAL

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

TABOH NANING 18 Mei – Kerajaan Negeri menggalakkan lebih ramai graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menggunakan kemahiran masing-masing bagi memajukan diri menerusi bidang keusahawanan, sekali gus bergelar technopreneur.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi merealisasikan perkara itu Kerajaan Negeri ketika ini sedang memperkukuhkan ekosistem keusahawanan melalui beberapa inisiatif utama.

Katanya inisiatif pertama adalah dengan mewujudkan Pusat Penyelidikan Inovasi, Keusahawanan Pusat Penyelidikan, Perkomersilan atau dan Research, Innovation, Commercialisation dan Entrepreneurship (RICE) Melaka @ Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

“Kedua pula menyediakan Usahawan dengan Inkubator peruntukan RM300,000 bagi membantu usahawan tempatan membangunkan produk jenama sendiri, ketiga mewujudkan Skim Pembiayaan di bawah TEKUN yang memberi manfaat kepada lebih 3,500 usahawan, keempat Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada Pelajar IPT dan usahawan B40 dan kelima Penubuhan 28 koperasi baharu pelbagai sektor perniagaan.

“Keenam mewujudkan Pusat Sehenti Keusahawanan Melaka, menghimpunkan 10 agensi berkaitan bagi memudahcara akses pembiayaan, latihan dan bimbingan, ketujuh melaksana Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dan kelapan melaksanakan Program dengan TeknoUsahawan dengan peruntukan RM1.1 juta bagi menyokong pembangunan usahawan teknologi dalam kalangan belia dan graduan TVET,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sesi Towh Hall Bersama Pelajar Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) Dan ADTEC JTM Di Negeri Melaka Bersama Ketua Menteri Melaka di Auditorium Proton Institute, di sini, hari, ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Datuk Rospiagos Taha; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Sdn Bhd Datuk Ir. Abdul Rashid Musa serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zilkiflee Mohd Zin, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Siti Faizah Abdul Azis serta Pengarah Proton Institute Ts. Dr. Norhuda Salim.

Beliau yakin dengan sokongan ini, graduan TVET bukan sahaja mampu menjadi tenaga mahir, malah pencipta pekerjaan dan penggerak ekonomi masa depan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post TINDAKAN SMK SUNGAI RAMBAI TUTUP PAGAR DIPERSETUJUI PIBG