Sorting by

×

KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

TABOH NANING 18 Mei – Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan graduan berkualiti, tetapi turut melibatkan kempen bagi mengikis persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata hakikatnya, landskap pekerjaan dunia telah berubah dengan industri tidak lagi hanya mencari sijil semata-mata, tetapi memilih individu kemahiran, memiliki kemahiran teknikal dan mampu menyelesaikan masalah.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri komited memperkukuh kempen kesedaran TVET secara lebih agresif, menyeluruh dan dekat dengan masyarakat.

“Pertama kita menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka khusus untuk memupuk budaya inovasi, kreativiti dan aplikasi teknologi dalam kalangan pelajar serta belia. Kedua melaksanakan intervensi terus kepada kumpulan sasar B40 melalui tajaan Program Basic Scaffolding, melibatkan 30 peserta, hasilnya kesemua yang terlibat berjaya mendapat penempatan kerja sejurus tamat latihan.

“Ketiga menerusi Bajet 2026 Negeri Melaka, kita memperkenalkan Program MeSRa Pendidikan STEM dengan peruntukan RM275,000 sebagai insentif kecemerlangan anak Melaka dalam subjek STEM.

“Terkini, saya juga telah menyatakan hasrat agar pembangunan Data Raya TVET dipercepatkan sebagai pusat rujukan bersepadu yang menghimpunkan data pendidikan, latihan dan keperluan industri,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sesi Towh Hall Bersama Pelajar Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) Dan ADTEC JTM Di Negeri Melaka Bersama Ketua Menteri Melaka di Auditorium Proton Institute, di sini, hari, ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Datuk Rospiagos Taha; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Sdn Bhd Datuk Ir. Abdul Rashid Musa serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zilkiflee Mohd Zin, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Siti Faizah Abdul Azis serta Pengarah Proton Institute Ts. Dr. Norhuda Salim.

Menurut Ketua Menteri, inisiatif ini penting kerana Kerajaan Negeri mahu memastikan padanan antara ‘supply dan demand’ tenaga kerja berlaku secara tepat.

“Inisiatif ini juga akan menjadi ‘single source of truth’ kepada perancangan pembangunan TVET Negeri Melaka yang lebih tersusun, berasaskan data dan responsif terhadap keperluan sebenar industri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

79
Kongsi :
Previous post MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN TEKNIKAL