
Malaysia, Maldives setuju saling iktiraf lesen memandu domestik
Dalam hantaran di Facebooknya, Wee berkata ini merupakan Perjanjian Saling Mengiktiraf (MRA) bilateral pertama yang Malaysia tandatangani dengan negara asing.
MRA itu ditandatangani Wee dan Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Maldives Aishath Nahula di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
“Menerusi MRA ini, rakyat kedua-dua negara boleh terus menggunakan lesen memandu domestik masing-masing dan memandu kenderaan bermotor dibenarkan dalam wilayah masing-masing tanpa perlu melalui proses mendapatkan lesen memandu tempatan atau membuat sebarang perubahan kepada lesen sedia ada mereka,” katanya.
Wee berkata MRA ini akan memudah cara pergerakan rakyat kedua-dua negara yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor sosial dan ekonomi Malaysia dan Maldives.
“Kami sedia untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dalam pengangkutan dengan Maldives,” kata Wee. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAWASAN EKSKAVASI PULAU MELAKA DIWARTA KAWASAN LARANGAN
BANDA HILIR 6 November - Tapak ekskavasi dan cari gali rangka kapal purba dan artifak di kawasan berhampiran Pulau Melaka...
PENEMUAN RANGKA KAPAL PURBA, ARTIFAK BAKAL BINA SEJARAH BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 6 November - Naratif sejarah baharu Melaka bakal dibina semula menerusi penemuan artifak-artifak dan rangka kapal purba dipercayai...
PESARA KERAJAAN BAKAL NIKMATI MANFAAT PELARASAN PENCEN JANUARI DEPAN
PENGKALAN BATU 6 November - Kira-kira 950,000 pesara kerajaan bakal memperoleh manfaat daripada hasil pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)...
TEKNOLOGI AI BAKAL UBAH LANDSKAP PENGHASILAN STATISTIK
BANDARAYA MELAKA 6 November - Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi penghasilan statistik negara, sekali gus...
WRUR: KETUA MENTERI TITIP KATA SEMANGAT UNTUK ADIK NUR AIMI ZUHAIRAH
DURIAN TUNGGAL 6 November - Titipan kata semangat daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sedikit sebanyak menyuntik...
MELAKA LAMBANG WARISAN KETERHUBUNGAN ASEAN
BANDARAYA MELAKA 6 November - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah ASEAN-Malaysia Statistical Forum (AMSF) 2025 disifatkan signifikan dengan sejarah negeri...

