
Lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher
Ketua Polis Daerah Dungun Supt. Baharudin Abdullah berkata mayat yang berlumuran darah itu ditemukan dalam keadaan terbaring di ladang oleh saksi yang melalui kawasan berkenaan.
“Saksi iaitu pengurus ladang yang terkejut dan cemas melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak terus menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya untuk membuat laporan.
“Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar pada leher mangsa, namun tiada sebarang kecederaan ditemukan pada bahagian lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Baharudin berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa, namun selepas siasatan lanjut mangsa dipercayai warga tempatan berusia 42 tahun.
Katanya polis sedang menjalankan siasatan terperinci daripada semua aspek termasuk motif kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
