
REMAJA LEMAS DI SUNGAI TENGAH DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan Fahril Zaquan Hasbullah, 16, ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diaktifkan.
“Pihak kami menerima makluman awal mayat mangsa ditemukan orang awam. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bergerak ke lokasi untuk membuat pengesahan,” menurut kenyataan itu.
Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Masjid Kampung Tengah Sungai bagi proses pengecaman oleh keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pada Jumaat lepas, operasi SAR dijalankan sejurus laporan diterima pada hari kejadian oleh JBPM Sarawak bersama agensi berkaitan.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air.
Mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras selepas gagal diselamatkan rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk setempat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
RM67 JUTA SELESAKAN WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 10 Julai - Lebih RM67 juta peruntukan telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan rakyat di...
