
Tujuh warga asing direman bantu siasatan kes bunuh di Jalan Tugu
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata permohonan reman sehingga 5 Sept itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.
“Kebenaran reman ini akan membantu polis dalam menyiasat motif pembunuhan dan setakat hari ini tiada tangkapan baharu dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Noor Dellhan berkata proses bedah siasat mayat mangsa belum selesai dan punca kematian belum dapat dikenal pasti.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam polis menahan lima lelaki dan dua wanita, kesemuanya warga asing berusia 20 hingga 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 41 tahun itu.
Media melaporkan mayat lelaki dipercayai pemandu e-hailing ditemukan dengan kaki diikat menggunakan kain serta kesan cedera pada muka dan telinga dalam bonet Perodua Bezza yang ditinggalkan di Jalan Tugu kira-kira 6.30 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...

