
Semua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
AYER KEROH 19 September – Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di negeri ini tutup sepenuhnya, petang ini.
Kedua-dua PPS terbabit iaitu PPS Balai Raya Bukit Tambun dan PPS Balai Raya Bukit Balai ditutup pada jam 2 petang tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan banjir di kediaman mereka pulih sepenuhnya.
“Susulan hujan lebat awal pagi semalam, seramai 29 mangsa yang terdiri daripada sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS.
“Kedua-dua PPS itu dibuka petang semalam pada jam 3 petang diarahkan pihak berkuasa,” katanya.
Katanya, susulan cuaca hujan lebat kira-kira jam 3.30 pagi Ahad, 22 kawasan membabitkan tiga daerah di negeri ini terjejas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDUDUK KRUBONG BERSYUKUR MASALAH TANAH KUBUR ‘KRITIKAL’ KINI SELESAI
PAYA RUMPUT 21 Februari – Penduduk Krubong bakal menikmati kemudahan tanah perkuburan Islam baharu selepas sebuah tapak diluluskan dan diserahkan...
YB, JPKK BANTU USAHAWAN SPA MUSLIMAH BERSINAR
PAYA RUMPUT 21 Februari – Siapa sangka, bermula dengan menawarkan rawatan kecantikan dan urutan dari rumah, seorang wanita kini berupaya...
KUNJUNGI MEMORIAL HAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
BANDA HILIR 21 Februari - Orang ramai digalakkan mengunjungi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bagi menghayati sendiri sejarah dan perjuangan...
JEJAK PORTUGIS DI KAMPUNG TAMPOI
PAYA RUMPUT 21 Februari - Di sebalik kepadatan kawasan perindustrian di kawasan Perindustrian Krubong terdapat runtuhan sebuah gereja lama berusia...
TIBI TERKAWAL, PELANCONGAN MELAKA SELAMAT DILAWATI
TELOK MAS 21 Februari - Penularan penyakit Tibi di Melaka masih terkawal dan tidak menjejaskan industri pelancongan, kata Pengurus Besar...
KEBIMBANGAN PENDUDUK KINI BERAKHIR
PAYA RUMPUT 21 Februari - Isu jalan sempit yang sekian lama menjadi rungutan penduduk di Kampung Pantai Cheng, di sini,...
