SK Tanjung Minyak 2 hasilkan pengasah mesra alam

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 19 September – Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2 tampil dengan projek inovasi pengasah mesra alam bagi membudayakan amalan menjaga alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

Guru Besar SK Tanjung Minyak 2, Nor Azah Harun Alias berkata, projek tersebut bertujuan untuk menjaga kebersihan kelas dengan meminimakan sampah dari sisa asahan pensil.

“Sisa asahan pensil ini dapat dijadikan baja kompos yang akan diletakkan pada tanaman yang ada di sekeliling sekolah.

“Pengasah mesra alam ini diperbuat daripada tong biskut bersaiz besar dan pengasah ditampal di bahagian atas di mana akan lebih menyenangkan murid-murid dan mesra pengguna.

photo1663559773 (1)
Murid mencuba Projek Inovasi ‘alat sisa asahan pensil’ di Dewan Sri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Tanjung Minyak, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Dari segi penglibatan, setakat ini produk ini dihasilkan untuk kegunaan murid tahun 1 dan tahun 2, dan pihak sekolah akan selaraskan penggunaan pengasah mesra alam ini kepada semua kelas menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Perasmian Projek Inovasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, di sini, hari ini.

photo1663559536
MELAKA 19 SEPTEMBER 2022. Guru Besar, Nor Azah Harun Alias pada sidang akhbar selepas majlis perasmian projek Inovasi di Dewan Sri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Tanjung Minyak, Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Khairuladha Ab Mutalib.

Mengulas lanjut, Nor Aziah berkata projek tersebut dibuat berdasarkan modul kajian alam sekitar yang diberikan oleh pihak SWCorp Negeri kepada sekolah.

Ujarnya, hasil asahan tersebut selain boleh dijadikan baja kompos, ia turut boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan seni, hiasan dalam proses pembelajaran pendidikan seni di sekolah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3943
Kongsi :
Previous post Sembilan pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan
Next post Semua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Ubah saiz-+=