
PRU15: Wanita BN kenal pasti calon berpotensi menang, senarai diserah kepada pimpinan tertinggi
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Wanita Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti calon wanita yang berkebolehan dan berpotensi menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata senarai tersebut telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangkan.
“Menjadi harapan saya selaku Pengerusi Wanita BN untuk melihat calon-calon yang dikemukakan ini diterima baik oleh kepimpinan BN sekali gus memenangi pilihan raya bagi mewakili golongan wanita dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Wanita BN mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang telah menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan calon wanita dalam PRU15.
Beliau menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan serta kepercayaan yang diberikan kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam menerajui kepimpinan politik negara.
“Dengan kepercayaan yang diberikan ini, Wanita BN yakin mampu memberikan sumbangan kepada parti dan meletakkan iltizam yang tinggi untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’
TABOH NANING 18 Mei - Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi...
ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
TABOH NANING 18 Mei - Penuntut kursus Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh terus berada dalam zon selesa dengan...
TVET TAHFIZ: MELAKA MAHU LAHIRKAN INSAN BERILMU, BERTEKNOLOGI
TABOH NANING 18 Mei - Lebih banyak peluang akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar tahfiz seluruh Melaka untuk...
MELAKA CADANG KPM TARIK BANTUAN PELAJAR KERAP PONTENG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya supaya menarik balik bantuan persekolahan diberikan...
KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA
TABOH NANING 18 Mei - Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan...

