
Kertas siasatan kemalangan korban tiga beranak dirujuk Pendakwaan Negeri
ALOR GAJAH 31 Oktober – Pemandu lori yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes kemalangan mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara Selatan dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata pemandu lori berusia 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari bermula Sabtu lalu terhadap lelaki berkenaan tamat hari ini.
“Kertas siasatan kes terbabit dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kemalangan pada jam 11 pagi Jumaat lalu, pasangan suami isteri dan bayi mereka berusia setahun maut dalam nahas merempuh lori yang menghentikan kenderaan di lorong kanan untuk kerja-kerja pembaikan membaiki pembahagi jalan.
Akibat kemalangan itu, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28 yang memandu kereta Honda Jazz dan isterinya Zubaidah Abd Rajak, 28 serta Muhammad Rizqi meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
