UMNO amal sikap terbuka terima mana-mana individu

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – UMNO Melaka mengamalkan sikap terbuka sekiranya terdapat mana-mana individu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen membantu kempen Barisan Nasiona (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata parti itu secara dasarnya dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal serta tegasnya UMNO Melaka mengamalkan sikap terbuka.

“Jadi kalau ditanya apakah UMNO mempunyai sikap terbuka (terhadap) keputusan dibuat oleh Mohd Rafiq, UMNO bersikap terbuka.

“Kerana dalam politik tiada musuh mahupun kawan yang kekal. Siapa yang nak datang menyokong kita persilakan,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka.

Beliau berkata demikian pada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel di sini malam ini.

Semalam, Mohd Rafiq mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu termasuk sebagai Naib Presiden Bersatu serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tangga Batu dan mengambil tindakan keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu diambil selepas Perikatan Nasional (PN) tidak mencalonkan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu walaupun sudah enam tahun berkhidmat di kawasan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2498
Kongsi :
Previous post Kertas siasatan kemalangan korban tiga beranak dirujuk Pendakwaan Negeri
Next post Individu tidak tercalon terus sokong perjuangan parti – Ab Rauf
Ubah saiz-+=