
Khairy tekad laksana misi sukar tawan Sungai Buloh
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Meskipun menyifatkan diri sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’, Khairy Jamaluddin tekad untuk melakukan misi sukar menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
“Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin, jika kita bersatu, bekerja kuat, yakinkan pengundi, kita dapat tawan Sungai Buloh pada 19 Nov ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh di sini malam ini.
Katanya tugas menawan kerusi Parlimen itu bukan mudah kerana majoriti undi dimenangi pihak lawan sebelum ini melebihi 20,000 undi.
Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau akan melancarkan manifesto ‘Kata Janji (KJ)’ yang meliputi pendidikan, menangani banjir, infrastruktur dan kesejahteraan ekonomi Parlimen Sungai Buloh pada minggu depan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
