
Melaka dijangka ribut petir, hujan lebat
KUALA LUMPUR 19 November – Melaka dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan dikeluarkan jam 9 pagi ini memaklumkan negeri ini antara tiga negeri yang dijangka mengalami keadaan cuaca berkenaan.
Selain Melaka, kawasan yang turut dijangka mengalami keadaan sama adalah Pahang melibatkan Rompin manakala Johor melibatkan semua daerah.
Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
