
Karnival Makan-makan perkenal ruang menjamu selera selesa
AYER KEROH 21 Disember – Buat julung kalinya, Hospital Pantai Ayer Keroh menghimpunkan kepelbagaian makanan pada ‘Makan-Makan Carnival Fun Day’ bagi memperkenalkan keselesaan ruang makannya di bangunan baharu kepada orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Yew Aik berkata menerusi penganjuran pertama kali itu, karnival itu menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dijamu secara percuma seperti ais krim, trak makanan dan gula kapas kepada orang ramai yang dihadiri kira-kira 500.
Katanya, karnival itu juga diadakan bagi menghargai jasa petugas perubatan dan kakitangan yang berkerja keras memberi perkhidmatan tidak berbelah bahagi kepada komuniti yang sentiasa menyokong hospital berkenaan.

“Penganjuran karnival itu juga adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai kawasan ruang makan baharu terletak di aras bawah Blok D, yang secara rasminya dibuka pada Julai tahun ini.
“Kawasan makanan yang dinamakan sebagai Makan-makan itu disediakan bagi memastikan keselesaan kepada pesakit, kakitangan serta orang ramai untuk beristirehat dan menikmati hidangan.
“Seronok melihat sokongan diberikan komuniti selepas beberapa tahun melalui kesukaran yang mencabar akibat COVID-19 ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: LEBIH 60 PERATUS ADUAN RAKYAT TANGGA BATU SELESAI
PAYA RUMPUT 9 Ogos – Sebanyak lebih 60 peratus atau bersamaan 343 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat...
‘RUNDING SECARA BIJAKSANA, BUKAN MELALUI MEDIA SOSIAL’
PAYA RUMPUT 8 Ogos – Semua parti politik yang mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disaran berunding secara...
PAPAZOLA ‘HALAL DI HATIKU’ GAMATKAN MIHF’26
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad AYER KEROH 8 Ogos – Lebih 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam...
MIHF’26 BUKA LALUAN USAHAWAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk...
‘BERMODALKAN’ KEMAHIRAN, ANAS BINA EMPAYAR PENYAMAN UDARA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermodalkan kemahiran teknikal dan keberanian mencuba, Muhammad Hanaffi Saleh, 35, atau mesra dengan panggilan Anas...
MANFAAT RAKYAT JADI ‘SCORECARD’ SEBENAR MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian di atas kertas...
