
Suri rumah mengaku tidak salah buka klinik gigi tidak berdaftar
KUALA TERENGGANU, 4 Jan – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di sini, dua tahun lepas.
Tertuduh Norazia Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohd Nazri.
Wanita itu dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dengan menjalankan perkhidmatan pemasangan veneer yang merupakan suatu amalan pergigian di bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini pada 20 Ogos 2021 pukul 5.55 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a) akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Nozaizeli Abu Samah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
A.K.A.R JADI PEGANGAN KENEGARAAN, PANDU BINA MASA DEPAN BERSAMA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Akronim A.K.A.R diperkenalkan sebagai pegangan kenegaraan yang merumuskan empat prinsip utama bagi membimbing masyarakat memahami...
AGENDA MALAYSIA BIRU PACU MALAYSIA MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN
AYER KEROH 26 September - Agenda Malaysia Biru digariskan sebagai ikhtiar untuk memastikan kekuatan sejarah dan jati diri negara diterjemahkan...
ANGGUR BERBUAH MANIS DI BUMI AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 September - Bermula dengan hanya 10 hingga 20 pokok di tepi rumah, minat sebuah keluarga terhadap tanaman...
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...

