
MCMC tidak pernah keluarkan mesej tuntut hadiah wang tunai
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan sebuah syarikat telekomunikasi.
MCMC dalam kenyataan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya serta elak daripada memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali.
“Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain,” menurut kenyataan itu.
Mesej atau e-mel yang tular itu antara lain mendakwa hasil pemantauan dijalankan Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.
Kandungan e-mel tersebut juga menyatakan kononnya transaksi dengan Maybank adalah sah dan boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

