
Remaja maut motosikal langgar kerbau
SEPANG, 7 Jan – Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya berlanggar dengan seekor kerbau di Jalan Dengkil Air Hitam di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan berkata dalam kejadian 1.30 pagi tadi, pelajar lelaki berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Lagenda itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Menurut siasatan awal, katanya mangsa yang menunggang seorang diri dari arah Dengkil menghala balik ke rumahnya di Taman Dengkil Jaya telah melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik akibat kecederaan pada bahagian kepala,” katanya dan menambah mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

