PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan baik dan mudah bekerjasama menjadi antara perkara disenangi penduduk setempat.

Penduduk Kampung Berangan Enam, Rozitah Ahmat, 55, berkata, dirinya sudah lama mengenali Azman atau lebih mesra disapa ‘Tok Man’ sebelum pemimpin itu diumumkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menurutnya, sikap mudah didekati dan kesediaan bekerjasama dengan masyarakat menjadi antara ciri yang diharapkan dapat diteruskan sekiranya Azman diberi mandat pada 14 November ini.

“Harapan saya sangat tinggi dan berharap beliau (Tok Man) boleh menjalankan tugas dengan baik serta membantu masyarakat di sini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas program Ziarah Kasih DUN Serkam sempena PRN Melaka ke-16 di Kampung Berangan Enam.

Sementara itu, Prof. Dr. (HC) Aziz Md Said, 65, turut berharap Azman akan terpilih membawa suara rakyat Serkam dan dapat menunaikan segala perkara yang dijanjikan.

Menurutnya, antara keperluan yang wajar diberi perhatian ialah penyediaan gelanggang silat lebih baik bagi kemudahan penggiat seni persilatan di kawasan berkenaan.

“Sebagai penduduk yang terbabit dalam bidang persilatan, kami memerlukan gelanggang silat yang lebih baik untuk kegunaan bersama.

“Saya sudah berkecimpung dalam bidang persilatan sejak berusia tujuh tahun dan mula mencari guru untuk berguru ketika berusia 15 tahun sehingga sekarang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

120
Kongsi :
Previous post PPWK 2026: MARA PERLUAS PELUANG KEUSAHAWANAN WANITA, KOMUNITI MELAKA