TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda Tanjung Bidara.

Jumlah kehadiran itu memperlihatkan sambutan positif golongan berkenaan terhadap  kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata, kehadiran anak muda termasuk mereka yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama pada 14 November ini membuktikan golongan berkenaan semakin cakna terhadap masa depan serta hala tuju negeri.

Menurutnya, program santai itu bukan sekadar satu perjumpaan dengan orang muda, malah menjadi platform mendekati Gen Z agar mereka lebih memahami peranan generasi akan datang dalam membentuk masa depan negara dan Negeri Melaka khususnya.

“Kita mahu anak muda ini faham peranan mereka dalam membina negara bangsa dan mengenal erti sebuah perjuangan yang akan menentukan hala tuju kepimpinan pada masa akan datang.

“Anak muda adalah generasi yang perlu diasuh dan diwarnai supaya masa depan mereka lebih cerah.

“Kita akan menggariskan supaya anak muda ini mempunyai ruang dan peluang untuk membina masa depan lebih baik. Bersama kita birukan Melaka, kita birukan Tanjung Bidara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program berkenaan yang berlangsung di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara berkata, hari pengundian 14 November ini merupakan detik penting yang bakal menentukan arah perjalanan masa depan generasi Melaka.

Beliau mengumpamakan pilihan yang dibuat pada hari pengundian sebagai pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan aspirasi generasi hari ini dengan masa depan lebih cerah untuk anak muda pada masa akan datang.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI