KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus.

Kemudahan itu apabila siap kelak dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan koridor ekonomi baharu berasaskan pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, projek berkenaan disifatkan sebagai antara jeti kapal persiar terbesar bakal membuka laluan kepada lebih banyak kapal persiar antarabangsa untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi persinggahan pelancong.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri dimaklumkan terdapat kira-kira 10 buah kapal persiaran mewah yang dijangka akan berlabuh di Melaka, sekali gus membawa masuk pelancong antarabangsa.

“Apa yang kita sedang lakukan sekarang adalah membina jeti kapal persiar yang terbesar dirantau ini.

“Pembinaan sudah mencapai 40 peratus dan insya-Allah menjelang tahun depan persisir Pantai Melaka bermula dari Masjid Selat sehingga ke Pantai Kundor akan menjadi pantai pelancongan yang hebat.

“Kapal-kapal persiaran akan datang berlabuh di Melaka dan membawa pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika melakukan lawatan ke Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Kota Laksamana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Pengerusi MCA Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo dan calon BN DUN Kota Laksamana, Melvin Chua.

Menurut Ab Rauf, pembangunan MICT turut menjadi sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri membangunkan koridor ekonomi baharu di kawasan pesisir pantai Melaka, khususnya bagi memberi limpahan ekonomi kepada penduduk dan peniaga di kawasan Kota Laksamana.

“Sebelum ini Melaka sudah mula menerima limpahan aktiviti kapal persiaran apabila Genting Dream Cruise menjadikan negeri ini sebagai ‘port of call’ atau pelabuhan persinggahan bagi membawa pelancong dari Singapura serta antarabangsa,” katanya.

Ab Rauf sebelum ini berkata, jeti tersebut akan dibina berbentuk L selain boleh memuatkan empat buah kapal berlabuh pada satu-satu masa.

Menurut beliau, sekiranya mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang, jeti berkenaan boleh ditambah baik dan dinaik taraf kepada bentuk β€˜T’ bagi membolehkan lebih banyak kapal berlabuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF