
Pemilhan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung
PONTIAN, 29 Jan – Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu.
“UMNO Bahagian yang digantung hanya Arau (Perlis) dan Tanah Merah (Kelantan) setakat ini. Pemilihan membabitkan kedua-dua bahagian ini tetap akan dilaksanakan.
Pemilihan kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian yang dilantik, seperti Datuk Rozabil Abdul Rahman dilantik sebagai Pentadbir UMNO Bahagian Arau,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.
Pada 5 Jan lepas, Majlis Tertinggi UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan akan diadakan bermula dari 1 Feb hingga 18 Mac ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
