Penganjuran sukan setiap daerah, cungkil bakat baharu

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BUKIT BARU 29 Januari – Penganjuran sukan di setiap daerah dilihat sebagai platform terbaik bagi mencungkil bakat baharu dan mencari atlet pelapis Negeri Melaka.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, langkah itu perlu kerana Melaka mempunyai ramai pemain atau atlet berkaliber tetapi bakat dimiliki tidak ditonjolkan .

“Di Melaka saya berpendapat kita mempunyai ramai pemain atau atlet berkaliber tetapi kita kurang pertandingan.

“Maka kalau kita adakan pertandingan di peringkat sekolah bermula dengan sekolah rendah itu adalah bentuk asas pembetukan seorang atlet.

“Saya kini dalam proses menganjurkan sukan di setiap daerah yang mana daripada situ kita boleh cungkil bakat baharu,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Hoki Piala Ketua Menteri Melaka 2022, di Stadium Hoki Bukit Serindit, hari ini.

Menurut beliau, program bapa angkat yang sebelum ini membabitkan wakil rakyat, Exco dan agensi kerajaan yang diadakan hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan sebelum kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) akan diadakan secara berterusan.

“Sebelum ini seperti SUKMA dalam masa terkahir dua atau tiga bulan baru kita namakan wakil rakyat dan sebuah agensi kerajaan sebagai bapa angkat pasukan tetapi saya rasa itu tidak berkesan.

“Selepas berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, kita cadangan ia dijadikan ongoing proses, dan itu adalah pencapaian untuk agensi mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1646
Kongsi :
Previous post Pemilhan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung
Next post Kakak, adik maut motosikal terbabit kemalangan
Ubah saiz-+=