
Belanjawan 2023: RM300 juta naik taraf Jalan Tun Hamzah-Persimpangan Semabok
KUALA LUMPUR 24 Februari – Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dalam Daerah Melaka Tengah.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berita gembira itu pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan bagi mengatasi isu kesesakan jalan raya yang menjejaskan beberapa lokasi tumpuan pelancong.
Anwar berkata, selain Melaka beberapa lagi jalan terkait dengan lokasi tumpuan pelancong akan dinaik taraf dan dibina baharu, termasuklah embina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang dengan kos RM480 juta.
“Kerajaan juga akan membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek RM 160 juta; dan menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.
“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan di dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPDN MELAKA TUMPAS 12 KES SELEWENG MINYAK MASAK SUBSIDI
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan 18 kes berkaitan...
PRN MELAKA: PENIAGA IDAM EKOSISTEM PERNIAGAAN LEBIH BAIK
AYER KEROH 8 Oktober - Kos operasi yang lebih terkawal, peluang perniagaan yang lebih luas dan sokongan berterusan kepada usahawan...
MeSRa: MELAKA PERKASA WANITA, KUATKAN KELUARGA, BINA KOMUNITI
AYER KEROH 8 Oktober - Pembangunan wanita bukan sekadar membuka peluang ekonomi, sebaliknya menjadi antara asas kepada pengukuhan keluarga dan...
KAUT UNTUNG JUAL MINYAK MASAK SUBSIDI DICAMPUR MINYAK KOTOR, 2 LELAKI DITAHAN
PAYA RUMPUT 8 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak...
MeSRa: DARI ILMU KE PASARAN, MELAKA LAHIR USAHAWAN BERDAYA SAING
AYER KEROH 8 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka memperkukuh ekosistem keusahawanan menerusi pelbagai program pembangunan modal insan dan latihan, dengan...
KUBUR DIGITAL: CARI PUSARA KELUARGA DI HUJUNG JARI
AYER KEROH 8 Oktober - Tidak lagi perlu berpusing mencari pusara, bertanya kepada orang lama atau hanya bergantung kepada ingatan,...
