Sorting by

×

Belanjawan 2023: RM300 juta naik taraf Jalan Tun Hamzah-Persimpangan Semabok

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 24 Februari – Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dalam Daerah Melaka Tengah.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berita gembira itu pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, peruntukan itu disalurkan bagi mengatasi isu kesesakan jalan raya yang menjejaskan beberapa lokasi tumpuan pelancong.

Anwar berkata, selain Melaka beberapa lagi jalan terkait dengan lokasi tumpuan pelancong akan dinaik taraf dan dibina baharu, termasuklah embina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang dengan kos RM480 juta.

“Kerajaan juga akan membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek RM 160 juta; dan menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan di dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1474
Kongsi :
Previous post Prosedur jalankan perniagaan akan ditambah baik, percepat usaha pelaburan – PM Anwar
Next post Pasukan khas di bawah D11 akan ditubuh kekang pornografi kanak-kanak – PM
Ubah saiz-+=