
22 mangsa banjir Melaka dipindahkan ke PPS
MELAKA 1 Mac – Seramai 22 mangsa banjir dari dua daerah di negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, daripada jumlah itu, empat mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun yang dibuka pada jam 4.30 petang tadi.
Manakala, 18 mangsa lagi daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan.
Kenyataan itu memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri ini dijangka terus meningkat terutama membabitkan daerah Jasin apabila sebuah lagi PPS dibuka di SK Chohong bermula jam 7 petang tadi.
“Mangsa-mangsa di Chohong kini sedang dalam proses pendaftaran dan jumlah rasmi yang terlibat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” jelas kenyataan itu.
Menurut data yang dikeluarkan Sekretariat berkenaan, setakat ini terdapat enam kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek membabitkan daerah Alor Gajah, manakala daerah Jasin membabitkan Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
