
Banjir: Mangsa di Melaka meningkat
MELAKA 2 Mac – Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 67 orang setakat jam 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa membabitkan 21 keluarga dari dua daerah iaitu Alor Gajah dan Jasin, yang ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut kenyataan itu, mangsa tertinggi direkodkan ialah dari daerah Jasin iaitu seramai 63 mangsa yang mana 32 daripadanya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan dan 31 lagi ditempatkan di SK Chohong yang dibuka pada jam 7 petang semalam.
Manakala di Alor Gajah, jumlah mangsa kekal empat orang yang ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun.
Setakat jam 8 pagi tadi, terdapat tujuh lokasi masih terjejas banjir iaitu Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek membabitkan daerah Alor Gajah, manakala daerah Jasin membabitkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan dan Kampung Chohong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...