
Awas pegawai kesihatan palsu
AYER KEROH 4 Mac – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada sekiranya didatangi individu mengaku sebagai pegawai kesihatan menjalankan aktiviti mengutip wang di negeri ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, sekiranya dipaksa atau diugut untuk memberikan wang orang ramai diminta supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.
Dr. Rusdi berkata pihaknya menerima aduan mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang pergi ke premis perniagaan untuk mengutip wang yang kononnya bagi membiayai penerbitan buletin persatuan.
“Kejadian itu dilaporkan berlaku 2 Mac lalu, namun hasil semakan kami mendapati persatuan berkenaan tidak tersenarai dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Susulan maklumat diterima kami sudah membuat satu laporan polis.
“Kami menegaskan bahawa tiada sebarang kutipan wang boleh dibuat oleh mana-mana kakitangan JKN Melaka,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata bagi sebarang aduan atau pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JKN menerusi talian 06-2356999.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN IFTAR SANTAI MPJ
JASIN 12 Mac – Lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan Program Iftar Santai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Dataran Vista Alamanda...
‘ACIK ZUL’ KONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN ORANG TABOH NANING
TABOH NANING 12 Mac - Terpilih menerima sumbangan ayam segar, telur dan wang tunai membuatkan seramai 130 penduduk Dewan Undangan...
PENGGIAT GIG MELAKA TABIK KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Rata-rata penghantar makanan atau p-hailing di negeri ini menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri yang...
TERUJA IFTAR BERSAMA ‘TOK RAUF’, MAHASISWA SYUKUR DAPAT DUIT RAYA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Keterujaan jelas terpancar di riak wajah mahasiswa anak Melaka yang berpeluang iftar bersama pemimpin nombor...
MELAKA BAWA SUARA ‘ABANG RIDER’ KE SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri memandang serius aspek kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini semakin berkembang di negeri...
TAPEM SUMBANG RM30,000 KEPADA 12 PERSATUAN MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Sebanyak 12 persatuan mahasiswa anak Melaka daripada 12 institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar...
