Sorting by

×

Jumlah penerima bantuan sara hidup veteran ATM meningkat, peruntukan RM54 juta

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

REMBIA 4 Mac – Jumlah penerima Bantuan Sara Hidup veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak meningkat daripada 9,000 kepada 15,000 penerima tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM54 juta setahun.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata setiap penerima bantuan itu akan menerima sebanyak RM300 sebulan yang mana dalam masa setahun bakal menerima sebanyak RM3,600.

Katanya, pertambahan bekas pesara tentera yang layak itu demi memastikan kebajikan mereka terbela.

“Jumlah penerima bantuan ditingkatkan daripada 9,000 kepada 15,000 jadi kita akan sentiasa meningkatkan lebih banyak bantuan kebajikan kepada anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Tahun ini tiada kenaikan cuma kita tambah bilangan kerana banyak formula yang boleh kita buat tetapi bagi kita perkongsian itu lebih ramai dapat menerima (bantuan) RM3,600 setahun itu dengan RM300 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat veteran tentera di Kelemak dan Lendu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata, selain bantuan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM turut melihat bantuan keperluan lain yang diperlukan bekas pesara termasuk dari segi kesihatan dan pendidikan anak-anak mereka.

“Pada masa kementerian turut melihat isu-isu kebajikan, kesihatan dan pendidikan serta tempat tinggal dan perumahan veteran ATM.

“Tahun ini (menerusi) JHEV ATM memperuntukkan 40 rumah percuma untuk veteran yang mana kita bolej bangunkan rumah dan kita harapkan golongan sadar itu dapat kita tingkatkan dari semasa ke semasa.

“Di samping itu, kita melihat pendidikan anak-anak contohnya veteran ATM kalau ada anak-anak yang masih di universiti atau masuk universiti , kita beri RM1,000 bagi diploma manakala ijazah sebanyak RM1,500 bagi permulaan.

“Begitu juga dua perkara dari segi kebajikan itu sama ada kesihatan, kita ada tanggungan untuk perubatan dan dalam masa kita juga membantu dari segi lampin pakai buang serta susu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1649
Kongsi :
Previous post Adam Adli belanja 400 pelajar kelengkapan sekolah
Next post Awas pegawai kesihatan palsu
Ubah saiz-+=