Adam Adli belanja 400 pelajar kelengkapan sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Kira- kira 400 pelajar di Parlimen Hang Tuah Jaya menerima sumbangan kelengkapan sekolah menerusi Program Back To School di Pasar Raya Hari-Hari di sini hari ini.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berkata kesemua pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Katanya, kesemua pelajar yang hadir merupakan golongan B40 dari empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah parlimen itu.

“Hari ini saya hadir menyampaikan sumbangan kepada 400 pelajar dan murid yang hadir bersama ibu bapa dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Kita berikan sumbangan berupa pakaian, kasut, dan alatan sekolah kepada penerima daripada golongan B40.

“Menjelang buka sekolah pada 18 Mac ini, kita di peringkat Parlimen cuba untuk mengurangkan bebanan ibu bapa memandangkan ramai yang mengeluh banyak perbelanjaan diperlukan pada bulan Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Back To School di Pasar Raya Hari-Hari di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata Pusat Khidmatnya di Bukit Baru masih membuka permohonan kepada golongan B40 yang masih memerlukan bantuan.

“Sekiranya masih terdapat pelajar dan ibu bapa dari golongan B40 yang tidak mendaftar lagi dan memerlukan bantuan sumbangan sekolah boleh ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di Bukit Baru.

“Kita akan cuba bantu golongan yang memerlukan namun kita minta untuk tampil ke hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1897
Kongsi :
Previous post Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Next post Jumlah penerima bantuan sara hidup veteran ATM meningkat, peruntukan RM54 juta
Ubah saiz-+=