LONDON IKUT JEJAK MELAKA LAKSANA ZON BEBAS KENDERAAN

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Oktober – Pelaksanaan zon bebas kenderaan di Oxford Street London yang turut mengutamakan pergerakan pejalan kaki mengingatkan kepada pengalaman Melaka melaksanakan inisiatif sama di Banda Hilir, yang sebelum ini berdepan pelbagai cabaran dan tentangan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, Melaka sudah mengharungi cabaran berkenaan lebih awal, termasuk menerima maklum balas dan tentangan daripada pelbagai pihak.

Namun, menerusi peranan media dan penerangan berterusan, inisiatif yang dilakukan Melaka berjaya mengatasi segala cabaran tersebut, sehinggalah zon bebas kenderaan kini diterima dan berjaya menarik jutaan pengunjung setahun.

“Kita di Melaka telah melalui zaman atau masalah itu lebih awal lagi. Akhirnya, peranan media jugalah yang membantu menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir ini berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media dan Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2026 10 28 at 7.28.05 PM
SHADAN (tengah) bersama pengamal media dan komuniti bergambar pada Majlis Apresiasi Media dan Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2026. Foto MBMB

Mengulas lanjut, Shadan berkata, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan turut memberi kesan kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, khususnya di kawasan Bandaraya Melaka yang menjadi tumpuan pengunjung.

Katanya, kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, pengamal media dan komuniti perlu terus diperkukuh bagi memastikan inisiatif pembangunan bandar dapat difahami serta mendapat sokongan masyarakat.

“Usaha ini penting bagi memastikan pelaksanaan zon bebas kenderaan di Banda Hilir terus menyokong pembangunan bandar yang lebih selesa untuk pejalan kaki, di samping mengukuhkan daya tarikan pelancongan Melaka,” katany

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

833
Kongsi :
Previous post 13 TAHUN UKIR SENYUMAN, MELAKA JADIKAN DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA
Next post MAIM SALUR RM36,300, SEDIA 11 KOMPUTER UNTUK 9 SRA JAIM