MAHASISWA USM SUMBANG TENAGA, INDAHKAN MASJID AYER PASIR

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MACHAP JAYA 28 Oktober – Sukarelawan melibatkan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) bergotong-royong membersihkan membersihkan Masjid Ayer Pasir dan menyantuni  komuniti setempat  menerusi Program Jelajah Siswa Meniti Kasih – Bakul Tautan Kasih yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, pada Isnin.

Penyandang kerusi DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, selain menyumbangkan tenaga mengindahkan Masjid Ayer Pasir turut berlangsung sesi serahan sumbangan bakul kasih kepada 15 keluarga kurang berkemampuan.

Katanya, penglibatan mahasiswa dalam program seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat tetapi secara tidak langsung memupuk nilai kesukarelawanan, keprihatinan serta semangat membantu golongan yang memerlukan dalam kalangan belia.

“Mewakili penduduk setempat saya mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa USM atas semangat kesukarelawanan dan keprihatinan dalam menyantuni masyarakat.

“Inilah nilai-nilai yang ingin kita pupuk dan seburkan lagi, iaitu semangat membantu, berkongsi kasih serta berbakti kepada komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Hee Sem, pendekatan turun padang menyantuni rakyat tidak seharusnya terhad kepada program rasmi sahaja, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan menerusi pertemuan dan interaksi langsung hingga peringkat komuniti.

“Kehadiran wakil rakyat dalam komuniti penting bagi membina hubungan lebih erat dengan penduduk selain memberi ruang untuk mendengar sendiri sebarang pemasalahan serta keperluan mereka.

“Malah penglibatan golongan mahasiswa dalam program khidmat masyarakat juga wajar diteruskan kerana ia dapat memupuk nilai kesukarelawan dan semangat membantu golongan memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

714
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ZAHARI TIDAK KECEWA, TEKAD BERJUANG DENGAN ‘CIKGU MUS’ DI DURIAN TUNGGAL
Next post PENANTIAN BERAKHIR, GENERASI KEDUA FELDA BUKIT SENGGEH MILIKI GERAN TANAH SENDIRI