
Polis tahan pemuda bawa 560kg daun ketum
JELI, 26 Mac – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata penganggur berumur 25 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi selepas anggota polis mengesan lelaki berkenaan yang dilihat mencurigakan, semasa membuat rondaan Op Tapis.
Beliau berkata anggota polis itu kemudiannya memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek berhenti di bahu jalan, namun dia terus memecut laju kenderaannya.
Katanya selepas ditahan, pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu membawa kepada penemuan 56 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 560kg yang bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk.
Saari berkata suspek yang memiliki dua rekod lampau termasuk satu berkaitan daun ketum, didapati mengambil upah membawa bahan terlarang itu yang diperoleh dari Sik, Kedah, untuk dipasarkan di Tanah Merah.
“Suspek yang positi dadah jenis methamphetamine kini direman empat hari bermula Khamis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BUKA DIMENSI BAHARU PELANCONGAN 2026
KLEBANG 1 Januari - Melaka bakal membuka dimensi baharu dalam sektor pelancongan sepanjang 2026 dengan memperkenal inisiatif digital berasaskan kecerdasan...
HELIKOPTER SUPER LYNX TLDM MENDARAT CEMAS DI PERAIRAN KLEBANG, 4 KREW SELAMAT
KLEBANG 1 Januari – Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam insiden pendaratan kecemasan di...
MELAKA TUTUP 2025 DENGAN KEJAYAAN, MELANGKAH 2026 DENGAN SERIBU IMPIAN
KLEBANG 1 Januari - Persembahan ikonik dan percikan bunga api menutup tirai 2025 di Melaka dengan penuh gilang-gemilang. Itu suasana...
MELAKA TERAJUI PELANCONGAN DIGITAL DENGAN SMART TOURISM AI, PASPORT PELANCONGAN
KLEBANG 1 Januari - Melaka terus terkehadapan dalam sektor pelancongan dengan memperkukuh elemen pelancongan digital, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 BAKAL CETUS GELOMBANG BAHARU
KLEBANG 1 Januari - Tahun Melawat Melaka 2.0 yang diluncurkan malam tadi bakal mencetuskan satu gelombang baharu bagi menyokong Tahun...
2025 MELAKA TIDAK PERNAH SUNYI, GAMIT LEBIH 15 JUTA PELANCONG
KLEBANG 31 Disember - Melaka berjaya membuktikan negeri pelancongan ini tidak pernah sunyi daripada catatan kejayaan sepanjang 365 hari tahun...
