Masalah longkang tersumbat, bau busuk selesai

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PANTAI KUNDOR 26 Mac – Hampir 100 penduduk di Kampung Pantai Kundor, lega selepas masalah bau busuk akibat daripada saliran longkang tersumbat, menemui jalan penyelesaian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Hashim berkata, demi keselesaan penduduk tindakan segera sudah diambil pihaknya sementara merujuk pemasalahan itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Beliau berkata, masalah dihadapi penduduk kampung itu sebelum ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebelum pihaknya turun padang semalam.

“Saya dimaklumkan permasalahan ini iaitu saliran tersumbat dan menyebabkan bau kurang menyenangkan sudah lama berlaku.

“Hasil daripada apa  dilihat ia berpunca daripada saliran longkang yang tidak dilakukan kerja pembersihan dalam tempoh yang lama.

“Jadi semalam, saya sudah arahkan kerja pembersihan dijalankan bagi membolehkan air longkang ini mengalir,” katanya.

1D39CC49-7C6F-49F6-8E06-53D1583C58E6
ADUN Pantai Kundor Tuminah Hashim, meninjau kawasan longkang yang tersumbat

Namun begitu, menurutnya ada sebahagian kawasan longkang yang tidak dapat diakses dan perlu diselesaikan dengan tindakan JPS.

“Saya akan berhubung dengan JPS esok untuk memaklumkan hal ini kerana sebahagian (pembersihan) daripada kira-kira satu kilometer longkang tersumbat yang salirannya menghala ke sungai perlu tindakan agensi itu.

“Apabila saliran longkang yang tersumbat ini dapat diselesaikan maka ia secara tidak langsung dapat mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan itu apabila cuaca hujan lebat.

“Difahamkan, sebelum ini apabila hujan lebat berterusan selama dua hari, kawasan itu akan dinaiki air disebabkan limpahan air yang berlaku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1600
Kongsi :
Previous post Polis tahan pemuda bawa 560kg daun ketum
Next post JKM perlu nilai laporan pihak berkuasa sebelum tempatkan tiga beradik didera – Nancy
Ubah saiz-+=