
Cuaca panas: Murid, guru, kumpulan pelaksana dibenar pakai baju sukan
KPM dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan pemakaian tali leher Ā tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dariĀ semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjaminĀ kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulanĀ pelaksana,” katanya.
KPM berkata pihak kementerian sentiasa menitikberatkanĀ penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru danĀ anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas danĀ kering berpanjangan yang sedang melanda negara.
“Fenomena iniĀ merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkanĀ kesihatan,” kata KPM.
Melalui surat siaran Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan bawah KPM Semasa Cuaca PanasĀ bertarikh 28 April 2023 yang dikeluarkan sebelum ini, pentadbir dibenarkan menutup sekolah jika cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Menerusi garis panduan yang berkuat kuasa serta-merta itu, institusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan ‘heatwave’ (gelombang haba) oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia).
Menurut garis panduanĀ itu, semua aktiviti luar yang melibatkan murid, guru dan pensyarah perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.
Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


