
Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah
AYER KEROH 18 Julai – Hospital Melaka akan menjalankan siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang lelaki berhubung kejadian tangan bayi mengalami bengkak dan bernanah ketika mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata beliau maklum dakwaan lelaki terbabit menerusi laman Facebook dan mengarahkan siasatan lanjut dilakukan.
“Saya telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka menjalankan siasatan tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi.
Individu yang menggunakan nama Mohamad Izwan memuat naik hantaran di media sosial yang mendakwa tangan anak saudaranya berusia dua bulan membengkak selepas 11 hari mendapatkan rawatan kerana demam campak.
Dia mendakwa tangan bayi berkenaan membengkak dan bernanah selepas dicucuk jarum akibat rawatan itu.
Menurutnya doktor menyarankan supaya pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan nanah di tangan yang membengkak itu dan turut mendakwa ia berlaku akibat kecuaian hospital.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAMUAN AIDILFITRI TANDA TOK RAOP TAK LUPA RAKYAT KURANG MAMPU
GADEK 11 April - Penganjuran jamuan Aidilfitri di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka bukan sekadar untuk makan-makan, tetapi...
WRUR DUN GADEK BUKA TIRAI, FOKUS SELESAI ISU RAKYAT
GADEK 11 April - Tirai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek secara rasmi dibuka hari...
TOK RAOP AJAK ALUMNI BERSAMA-SAMA PERKASA SMK GHAFAR BABA
LENDU 11 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Yusoh menyokong hasrat pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba...
MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN
PENGKALAN BATU 11 April - Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka buat julung kalinya yang...
MESRA TURUT FOKUS KEPADA ASPEK PENDIDIKAN, KEBAJIKAN RAKYAT
LENDU 11 April - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diangkat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turut...
KEROSAKAN RUMAH, TANAH RUNTUH ANTARA ISU UTAMA PENDUDUK GADEK
GADEK 11 April – Aduan berkaitan kerosakan rumah, keperluan baik pulih serta isu tanah runtuh dikenal pasti sebagai antara masalah...
