Laksana inisiatif universiti angkat kongsi ilmu robotik – Exco

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 18 Julai – Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) beroperasi di Melaka disaran untuk menjalankan inisiatif universiti angkat bagi memberikan pendedahan kepada murid serta pelajar sekolah mengenai teknologi robotik.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, beliau membangkitkan perkara itu pada pada Mesyuarat Post-Exco sebelum ini.

“Jadi kita ada minta IPTA dan IPTS di Negeri Melaka menjadi universiti angkat sama ada bagi sekolah rendah mahupun menengah, kongsikan teknologi robotik yang ada kepada murid serta pelajar

“Bagaimanapun, kita akan mengadakan perbincangan lebih terperinci selepas ini. Perkara ini telah diambil maklum oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kita akan adakan satu perbincangan khas dalam masa terdekat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, inisiatif seumpama itu mampu membuka minda murid dan pelajar, malah tidak mustahil akan mencipta peluang ekonomi di Malaysia khususnya Melaka.

“Jika anak-anak Melaka berjaya mempelopori teknologi ini, sudah tentu ia mampu mengangkat nama Melaka ke peringkat lebih tinggi dalam bidang robotik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1212
Kongsi :
Previous post Jualan Agro Madani tangani kos sara hidup, tingkat pendapatan usahawan – FAMA
Next post Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah
Ubah saiz-+=