
‘Ab Rauf fikir jauh ke hadapan’
AYER KEROH 12 Ogos – “Bukan mudah untuk seseorang itu membangunkan sebuah negeri jika tiada ‘track’ rekod atau asas sebagai ahli perniagaan seperti Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,”.
Itu pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis ketika ditanya mengenai vista Ketua Menteri dalam membangunkan Negeri Melaka.
Menurut Siti Faizah, Ab Rauf seorang pemimpin yang sentiasa memandang jauh ke hadapan dengan memikirkan kaedah terbaik untuk memajukan negeri ini.
“Sebelum ini beliau aktif dalam perniagaan, jadi orang berniaga pemikiran sentiasa berjalan. Hidup, tidur dan makannya hanya fikir bagaimana untuk majukan perniagaan.
“Itulah Ab Rauf buat untuk Negeri Melaka, 24 jam dia fikir apa patut dibuat,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ bersama Adun Sungai Rambai bagi mempromosikan Festival DβBendang Melaka 2024 di Studio Melaka TV di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Siti Faizah berkata segala idea yang dilontarkan Ab Rauf adalah suatu perkara yang tidak boleh dijangka.
“Beliau tampil dengan idea yang kita tidak jangka, hanya orang yang memahami gerak kerjanya boleh faham apa yang beliau cuba lakukan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober β Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...
RUNDINGAN AKHIR TENTUKAN AGIHAN KERUSI BN DI LIMA DUN PARLIMEN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober - Rundingan akhir bersama parti komponen dan rakan strategik menjadi penentu agihan kerusi yang bakal ditandingi...
INISIATIF NO RIGHT TURN, GO STRAIGHT TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TRAFIK MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober - Kualiti pengurusan trafik Negeri Melaka menjadi lebih cekap menerusi inisiatif 'No Right Turn' dan 'Go...
‘DAK BABY’ MULA BELAJAR BERGAYUT
AYER KEROH 18 Oktober β Tujuh bulan selepas dilahirkan, βDak Babyβ, anak ungka tangan putih di Zoo Melaka, kini semakin...
MBMB PERUNTUK RM14.3 JUTA NAIK TARAF PERPARITAN, KURANGKAN RISIKO BANJIR
AYER KEROH 18 Oktober - Sebanyak RM14.3 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi melaksanakan 27 projek baik pulih...
