
Ab Rauf selami masalah nelayan Padang Kemunting
TANJUNG BIDARA 13 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkesempatan menyantuni tujuh nelayan di Kampung Padang Kemunting, di sini bagi menyelami permasalahan dihadapi golongan itu.
Beliau berkata perjumpaan itu bertujuan untuk mendengar sendiri masalah dihadapi nelayan Persatuan Padang Kemunting berikutan ramai dalam kalangan mereka terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
“Saya turun padang untuk tanya sendiri masalah dihadapi nelayan di sini, ada ke sumber pendapatan mereka pada waktu endemik ini…mana yang boleh bantu kita cuba bantu.
“Ramai mengadu berkenaan bantuan sara hidup ‘one-off’ kepada nelayan, kita akan percepatkan untuk mereka sebab pendapatan mereka terjejas,” katanya.
Katanya setakat ini terdapat kira-kira 180 nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara diwakili empat persatuan iaitu Persatuan Nelayan Kampung Balai Batu, Kampung Pasir Gembur, Padang Kemunting dan Pengkalan Balak.

Pada perjumpaan itu Ab Rauf turut membeli ikan segar hasil tangkapan nelayan di Kampung Padang Kemunting.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
