Sorting by

×

AB RAUF TERIMA KUNJUNG HORMAT WAKIL DESAN SHIPYARD

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 23 Mei – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat daripada pemegang saham Desan Shipyard, Cengiz Kaptanoglu, iaitu wakil syarikat limbungan kapal terkemuka dari Istanbul, Turkiye di pejabatnya, hari ini.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan pembangunan projek bagi menyediakan kemudahan pembinaan kapal di negeri ini yang akan dilaksanakan di tapak seluas 17.12 hektar dalam Zon Ekonomi Khas Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).

Ketika ini perkara itu sedang dalam fasa kajian teknikal dan kelulusan, ia termasuk kajian dijalankan secara berfasa oleh Leaptec Engineering Sdn Bhd (Leaptec), anak syarikat LBS Bina Group Bhd (LBS).

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memberikan kerjasama dan memudahcara pelaksanaan pembinaan kapal di bawah Projek Enrique Of Malacca Shipyard sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan industri masa depan.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Leaptec, Datuk Wira Anuar Ahmed serta beberapa wakil Desan Shipyard.

Terdahulu, Ab Rauf menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SM-WEZ Corporation dan Henry The Black Shipyard Sdn Bhd, berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, Kedah, 21 Mei lalu bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post GURU SEJARAH DIHANTAR MELAWAT MAKAM HANG TUAH DI PULAU BINTAN
Next post WRUR SUNGAI UDANG PEDULI UMMAH