‘ABANG RIDER’ MELAKA DAPAT DISKAUN 30 PERATUS SERVIS MOTOSIKAL BERMULA 1 OKTOBER

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 4 September – Komuniti p-hailing Melaka bakal menikmati diskaun 30 peratus bagi perkhidmatan penyelenggaraan motosikal di bengkel terpilih yang berdaftar, bermula 1 Oktober ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha Kerajaan Negeri membantu meringankan kos operasi komuniti penghantar makanan yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber utama pendapatan.

“Saya telah menelusuri pekerja-pekerja p-hailing untuk dapat menyelami permasalahan mereka dalam mencari rezeki sebagai penghantar makanan dan ia membuktikan Kerajaan Negeri amat prihatin dengan pengorbanan komuniti ini dalam menyuntik ekonomi baharu Melaka iaitu ekonomi digital.

“Oleh itu, kita memberikan diskaun 30 peratus kepada ‘abang rider’ ini dalam sudut penyelenggaraan motosikal di bengkel-bengkel terpilih dan ia akan bermula pada 1 Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluncurkan Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Penyelaras Karnival Anak Muda Negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri juga sedang dalam perbincangan bersama sebuah syarikat petroleum negara bagi mendapatkan diskaun minyak hitam atau minyak pelincir untuk kegunaan komuniti p-hailing di negeri ini

“Saya sedang cuba mendapatkan jalan kerjasama dengan satu syarikat petroleum untuk memberikan diskaun minyak hitam kepada komuniti ini, namun ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan berbincang dengan operator -p-hailing bagi meneliti kaedah terbaik menyediakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memandangkan pekerjaan mereka terdedah kepada risiko kemalangan dan bahaya di jalan raya setiap hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

352
Kongsi :
Previous post S-PLAN JADI ‘PAYUNG’ ANAK MELAKA TUNTUT ILMU DI LUAR NEGARA
Next post TOK RAUF HADIAHKAN 20 ‘RIDER’ OKU HELMET EDISI TERHAD