
Adly, isteri dan anak perempuan selesai mengundi di SK Durian Tunggal
Pengerusi Pakatan Harapan (PH)Melaka yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari selesai mengundi pada jam 8.25 pagi.
Beliau tiba bersama isteri, Dalilah Awaludin dan anak perempuannya Izny Adly,24, di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira jam setengah jam sebelum melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Adly hadir berpakaian kemeja putih bersama isteri yang lengkap berbaju kurung ungu membuang undi di Saluran 4, manakala anaknya membuang undi di saluran 7.
Kerusi DUN Bukit Katil yang disandang beliau sejak PRU-14 menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Beliau dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasnoor Sidang Husin, dan Perikatan Nasional (PN) Muhammad Al Afiz Yahya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI PERTAMA JENAMA HOTEL BERTARAF DUNIA
KLEBANG 9 Julai - Melaka melakar sejarah sebagai destinasi pertama terpahat nama sebuah jenama hotel bertaraf antarabangsa. Terletak di pesisir...
LAHIRKAN ANAK-ANAK HEBAT DARI KAMPUNG KECIL – KM
TANJUNG BIDARA 9 Jun - Anak kampung juga mampu menghasilkan kandungan kreatif yang menarik, tetapi dengan syarat bijak mengolah elemen...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KERJA SAMBILAN DALAM TALIAN PALSU
MELAKA 9 Julai - Polis Melaka menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud selepas menahan...
PTPTN-ADTEC MELAKA TEROKA POTENSI KERJASAMA STRATEGIK
TABOH NANING 9 Julai - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke atas Institut...
FENOMENA KONDA KONDI KEMBALI GEGAR MELAKA
BANDA HILIR 9 Julai – Usaha mengembalikan semula nostalgia permainan tradisional yang diberikan nafas baharu iaitu konda-kondi semakin diterima masyarakat...
MBMB SELESAIKAN 98 PERATUS ADUAN DITERIMA SEPANJANG ENAM BULAN PERTAMA 2025
AYER KEROH 9 Julai - Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan 1,000 aduan diterima Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sepanjang tempoh...