Agong dan Permaisuri ucap takziah kepada keluarga juruterbang nahas Hawk 108

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

KUALA LUMPUR 17 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Turut merakamkan ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, baginda menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan menzahirkan harapan supaya seluruh ahli keluarga Allahyarham tabak menerima duggan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia, amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada TUDM dan negara.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada angkatan TUDM dan negara,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang beriman manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dikurnaikan kesembuhan segera.

Yang di-Pertuan Agong turut menyifatkan pemergiaan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada warga angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan negara.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia, amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada TUDM dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. dan mendoakan agar juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez bin Omar yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 10.07 malam itu, pesawat Hawk 108 dinaiki Allahyarham Kapten Mohamad Affendi bersama Mejar Mohd Fareez terhempas ketika melakukan latihan penerbangan di Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

543
Kongsi :
Previous post Mohamad Affendi anak harapan, sedaya upaya balas jasa keluarga – Emak
Next post PRN Melaka: Sebarang bentuk kerjasama hanya diputus selepas pilihan raya – Muhyiddin
Ubah saiz-+=