
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu Cina
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.
“Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan, serta semoga sambutan Tahun Baharu Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” seperti hantaran dimuat naik di laman Facebook dan Instagram Istana Negara.
Seri Paduka berdua menasihati rakyat dalam meraikan perayaan berkenaan untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri, dengan berdisiplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Masyarakat Tionghua akan meraikan Tahun Baharu Cina pada esok yang mewakili permulaan Tahun Baharu dalam kalendar Lunar.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
