Agong, Raja Permaisuri beli juadah di bazar Ramadan Peringgit

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Nasi Beriani Gam Muar dan Kuih Keria Melaka antara juadah pilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika melawat bazar Ramadan Peringgit, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda berdua pada jam 4.37 petang turut ditemani puteri bongsu, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Kunjungan pasangan diraja itu diiringi Yang di- Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menjadi tumpuan pengunjung serta orang ramai yang berkunjung ke bazar berkenaan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Malah ada dalam kalangan pengunjung yang mengambil kesempatan merakamkan detik kenangan bersama pasangan diraja itu.

Baginda berdua sempat meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung.

Tunku Azizah juga berkongsi tip kepada peniaga supaya masakan menjadi lebih enak untuk dihidangkan kepada pembeli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1986
Kongsi :
Previous post Wanita didakwa dera kanak-kanak pengsan di kandang tertuduh
Next post Kos haji naik: TH umum dua kaedah bayaran jemaah muassasah
Ubah saiz-+=