Ahli Parlimen Kulai mohon maaf silap guna perkataan ‘lahabau’

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 8 Nov – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching memohon maaf berhubung perkataan ‘lahabau’ digunakannya di laman Facebook ketika berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata beliau mengakui kesilapan menggunakan perkataan itu menerusi media sosial dan memohon maaf atas kesilapan dirinya.

Jelasnya, dalam keghairahan petugas Pakatan Harapan (PH) mengambil peluang menggunakan platform media sosial untuk berkempen, dirinya mengakui melakukan kesilapan menggunakan perkataan tanpa mengetahui maksud sebenar perkataan terbabit.

“Namun, manusia tidak pernah lepas daripda kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial,” tulisnya.

Katanya, beliau hanya menggunakan ‘frame’ percuma menerusi Facebook tanpa memahami dengan jelas maksud sebenar perkataan tersebut.

“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuat naikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

“Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka.

“Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka,” katanya.

Terdahulu, Nie Ching menggunakan ‘frame’ gambar di Facebook yang tertera perkataan ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ sebelum menukar ‘frame’ tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

680
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri bakal buka lembaran hubungan dua hala dengan Indonesia
Next post Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum terima vaksin
Ubah saiz-+=