Ahli UMNO perlu beretika, elak rakaman audio tular – Ahmad

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 17 Okt. – Ahli UMNO diingatkan supaya mengamalkan tingkah laku beretika ketika melakukan perbincangan sesama ahli bagi mengelak sebarang isu berbangkit, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, dalam keadaan dunia tanpa sempadan agak sukar mempercayai mana-mana individu sekali pun.

Justeru katanya, semua pihak perlu berhati-hati dengan mengelakkan kenyataan berunsur individu dan bersifat khusus sehingga menimbulkan masalah pada parti.

“Semua pihak perlu berhati-hati dan saya tidak menyentuh kenyataan secara khusus, sebaliknya secara umum. Ketika ini sukar untuk kita mempercayai sesiapa.

“Kalau (duduk) berdua untuk berbincang perkara yang tertentu dan spesifik, kenapa mesti ditularkan begitu? Jadi saya harap etika semua pihak hendaklah kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali dan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata, sikap berhati-hati itu perlu diamalkan supaya perkara berbangkit tidak berulang sehingga menjadi bualan dalam kalangan rakyat.

“Semua pihak perlu berhati-hati sebab zaman sekarang perkara berbangkit itu mudah menjadi viral tanpa melihat sama ada ia benar atau tidak, sahih atau sebaliknya,  apa konteks percakapan itu?

“Jadi semua pihak perlu beretika terutama (individu) yang merakam atau menyebar, kita perlu letakkan etika itu di atas segalanya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

412
Kongsi :
Previous post Henti percaturan wakil rakyat, kembalikan mandat rakyat- Ahmad
Next post Ramalan cuaca hari ini di Melaka
Ubah saiz-+=